Ramadhan

Ramadhan...

Bulan Ramadhan merupakan penghulu kepada segala bulan... dalam bulan inilah pintu syurga dibuka seluas-luasnya... benar bulan ini mempunyai banyak kelebihan yang Allah berikan kepada hamba2nya...


begitulah jua bulan ini merupakan bulan mendidik... bukan sahaja mendidik jasmani dengan berpuasa tetapi juga mendidik rohani dengan menahan nafsu... berkaitan nafsu, bulan ini adalah sebaik-baik bulan bagi manusia mengawal hawa nafsu mereka... melawan daripada sifat pemalas, melawan dan mengawal nafsu makan dan minum, mengawal nafsu berbelanja...


bulan ini juga adalah sebaik-baik bulan untuk mentarbiyah diri, merapatkan diri dengan kalam-kalam Allah, merapatkan diri dengan rumah Allah dan secara holistiknya mendidik diri merapatkan diri dengan Allahul-Kholik... ia adalah bulan terbaik menjadikan diri sebaik-baik manusia kerana di bulan ini musuh utama manusia sedang dibelenggu... maka yang menjadi persoalan kepada perubahan diri ialah bagaimana ingin mendidik diri dengan menundukkan hawa nafsu dan merapatkan diri dengan Allah, tanpa ada gangguan musuh utama...


jika sebelum ini kita merasa berat melangkah ke rumah Allah, maka di bulan ini ringan2kanlah berkunjung ke rumah-NYA.. jika sebelum ini merasa berat melafazkan serta memahami Al-Quran, maka bulan ini mudah2kanlah menjadikan Al-Quran sebagai teman setia... Orang2 yang beriman, bertakwa dan beramal soleh pastinya tidak akan mensia-siakan bulan yang mulia ini dengan mengisi pelbagai ibadah kepada Allah...

marilah kita mengambil kesempatan yang ada yang entah sempat entahkan tidak lagi pada masa akan datang, supaya bulan mulia ini dimanfaatkan dengan bersungguh2 manfaat, carilah keredhaan-NYA, berkat-NYA, Taufik dan Hidayah-NYA sementara masih berkesempatan...

tidak dilupa juga kita mendoakan orang2 muslim, orang2 islam di seluruh dunia terutamanya di Palestin, saudara2 di syria, di Rohingya, Myanmar, Di selatan Thailand, di Checnya yang sedang bergelut mempertahankan akidah dan agama islam... doakan lah mereka mendapat keberkatan dan pertolongan dari Allah S.W.T supaya dapat menentang musuh2 Islam sama ada yang terang2an menentang Islam atau yang secara sembunyi2 atau yang berada di belakang tabir, dan juga yang menjadi boneka musuh2 Islam...

Ambillah bulan ini dengan sebaik-baik amalan, dengan menjadi sebaik-baik Insan dan tentulah Manusia yang paling terbaik ialah Nabi Muhammad S.A.W... 

sekian...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

Post a Comment